Sunday, February 7, 2010

Perjalanan ke Kg. Buayan

Keindahan sungai ulu papar kampung Buayan

Kg. Buayan terletak kira-kira 28 km dari Bandar Donggongon. Perjalanan dari Bandar Donggongon adalah melalui jalan yang berturap sehingga ke Kg. Timpangoh. Kemudian, melalui jalan yang tidak berturap untuk sampai ke Tolungan Terian (hujung jalan yang tidak berturap) dengan menaiki kereta pacuan empat roda (4x4). Perjalanan ini mengambil masa 2 jam (mengikut kelajuan pemandu). Setelah sampai di Tolungan Terian, perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki selama 3 jam (mengikut kelajuan seseorang itu berjalan) untuk sampai ke Kg. Buayan.

Semasa dalam perjalanan ke Kg. Buayan, terdapat beberapa sungai, jambatan, kawasan perumahan kampung-kampung kecil yang berada dalam kawasan Kg. Buayan akan dilalui
sebelum sampai ke destinasi sebenar iaitu Kg. Buayan.


Keadaan hutan yang belum diterokai..



Suasana perkampungan yang indah dan permai



Perumahan di Kionop Baru, kg. Buayan


2 comments: